Assalamualaikum !!!
Buat entri kali nie aku nak kongsi dgn korg puisi tentang teman ~
Teman , aku ingin .....
Teman tersayang
Aku ingin kita seperti Abu Bakar al-Siddiq
Persahabatan dijalin kerana al-Khalid,
Harta dikorban bukan sedikit,
Cintakan kebenaran sanggup bersakit.
Serta tawakkal Ibrahim mulia,
Ketika meninggalkan isteri tercinta,
Di bumi tandus tanpa bicara,
Meyakini Allah sebagai penjaga.
Aku impikan antara kita seorang Umar,
Berdiri tatkala tunduknya manusia,
Bersuara tatkala tunduknya manusia,
Menggerunkan musuh durjana.
Serta senyuman Syed al-Qutb,
Ketika berhadapan dengan tali maut,
Akidah mantap tidak terenggut,
Roh dakwahnya tidak surut.
Aku ingin kita seteguh Ibnu Zubbair,
Menahan panahan Hajjaj dengan rela,
Bersama si ibu tua,
Lantas syahid rohnya ke syurga.
Marilah kita menyemaikan benih Hassan al-Banna,
Fitrahnya jernih menggegar dunia,
Merelakan tubuhnya dimamah ,
Demi menegakkan kalam Allah dan Rasul.
Aku cinta pemuda Giffari,
Menentang kezaliman walaupun diancam,
Mogakan lahir lagi abad ini,
Jiwa jitu pemuda yang tak pernah suram.
Aku ingin kita sepemaaf Yusof,
Tetap mencintai saudaranya,
Walaupun dihumban ke perigi tua,
Terpisah dari ayahanda bertahun lamanya.
Aku ingin pusara kitaharum mewangi,
Bagai harumnya pusara Masyitah,
Semerbak kasturi.
Credits to : this novel~
Aku harap korang dpt ssuatu drpd puisi tu and jadi seorang teman yang sejati.
Sekian sesi yang serius bersama Siti Nur Farhana :)
No comments:
Post a Comment